Friday, January 16, 2009

Keluar mengundi awal, elak pengundi hantu - Anwar
Mohd Rashidi Hassan
Fri | Jan 16, 09 | 5:50:44 pm MYT

KUALA TERENGGANU, 16 Jan (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim meminta para pengundi khususnya di kalangan penyokong Pakatan Rakyat untuk keluar mengundi lebih awal pagi esok.

Iklan

Berucap di kalangan ribuan penyokong di karangan Pejabat Perhubungan KeADILan negeri sebentar tadi, Anwar berkata, rakyat boleh menghalang kemasukan pengundi hantu dengan datang mengundi lebih awal.

Anwar menegaskan demikian ketika ditanya hadirin apakah langkah yang bakal diambil untuk menghalang pengundi hantu yang diupah untuk mengundi calon Barisan Nasional.

Tegas Anwar, beliau telah mengeluarkan arahan kepada ahli dan penyokong KeADILan supaya bertindak segera jika terdapat bukti pengundi diupah atau dirasuah untuk mengundi BN.

Katanya, jika ada kalangan pengundi yang disahkan pengundi palsu atau dirasuah, petugas KeADILan, PAS serta DAP mesti mengheret mereka ke balai polis seberapa segera.

Menurut tinjauan, terdapat kebimbangan BN yang berada dalam keadaan tertekan sekarang ini menggunakan anggota polis sebagai pengundi.

Sehingga ada yang mempertikaikan tindakan pihak Jabatan Pendaftaran Negara beroperasi sehingga malam.

JPN mendakwa tindakan mereka beroperasi lewat hari kerana untuk memudahkan Suruhanjaya Pilihanraya membuat semakan, bukan untuk mengeluarkan kad pengenalan palsu.

Namun, banyak pihak mempertikaikan kewajaran tersebut kerana tiada siapa yang boleh 'access' dengan JPN kecuali dari BN, sebagaimana berlaku dalam beberapa pilihan raya lepas.

Tindakan JPN tersebut mengundang kebimbangan kemungkinan wujud pengundi hantu yang bakal menggunakan palsu untuk memenangkan calon BN._

No comments: