Semua artikel di dalam blog.ini di ambil dari blog.lain yg.mengambil kira kebaikan,dan keberkesanan Ilmu,Pandangan,maklumat yg,perlu di sebarkan.terima kasih.
وَكَذَلِكَ مَكَّنِّا لِيُوسُفَ فِي الأَرْضِ يَتَبَوَّأُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَاءُ نُصِيبُ بِرَحْمَتِنَا مَن نَّشَاء وَلاَ نُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.
Surah Yusuf, Ayat 56

Sunday, November 2, 2008
Datuk Bandaraya Ipoh tegur sikap akhbar Melayu
Oleh alhusseyn
Ipoh, 31 Oktober 2008 : Semasa Mesyuarat Penuh Majlis yang diadakan pada pagi ini, Datuk Bandaraya Ipoh, Tuan Haji Roshidi bin Haji Hashim telah menegur sikap sebuah akhbar tempatan yang tidak beretika dan tidak professional dalam membuat laporan tanpa membuat kajian lebih lanjut atau mendapatkan pengesahan daripada pihak yang terlibat.
Tanpa menyebut nama surat khabar berbahasa Melayu tersebut, Roshidi telah membandingkan dengan sikap akhbar Cina Nanyang Siang Pau yang sering menghubungi beliau untuk mendapatkan pengesahan tentang sesuatu berita . Beliau telah memuji sikap surat khabar Cina tersebut dengan berkata , “Sikap begini adalah jelas professional dan beretika .”
Beliau mengambil kesempatan mengulas mengenai isu cukai taksiran MBI yang dilaporkan paling tinggi di Malaysia.
“Memang benar kadar yang digunapakai adalah 16% tetapi warga kota harus menyedarai bahawa kadar itu dinilai pada nilai hartanah hyang tidak mengambil kira nilai semasa,” katanya.
“Oleh yang demikian, jumlah cukai taksiran MBI adalah lebih kecil berbanding dengan jumlah bayaran pada harta yang lebih kurang sama jika dibandingkan dengan Bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Petaling Jaya,” jelas Roshidi.
Beliau memberikan contoh terhadap isu di Bandar Baru Klebang yang dikatakan cukai tahunannya meningkat 500%.
“Nilai tahunan yang dikira oleh MBI adalah pada kadar sewa RM360 sebulan(RM 1.29smp) sahaja sedangkan nilai tahunan sewa semasa bagi hartanah tersebut adalah antara RM9,600 – RM 18,000 (RM800 – RM 1,500 sebulan),” kata Roshidi.
Beliau menjelaskan bahawa nilai hartanah yang dikira bagi nilaian cukai taksiran di Petaling Jaya seperti di Grandville, USJ, UEP Subang adalah melebihi RM30,000 setahun , iaitu pada kadar RM10 smp.
Ipoh, 31 Oktober 2008 : Semasa Mesyuarat Penuh Majlis yang diadakan pada pagi ini, Datuk Bandaraya Ipoh, Tuan Haji Roshidi bin Haji Hashim telah menegur sikap sebuah akhbar tempatan yang tidak beretika dan tidak professional dalam membuat laporan tanpa membuat kajian lebih lanjut atau mendapatkan pengesahan daripada pihak yang terlibat.Tanpa menyebut nama surat khabar berbahasa Melayu tersebut, Roshidi telah membandingkan dengan sikap akhbar Cina Nanyang Siang Pau yang sering menghubungi beliau untuk mendapatkan pengesahan tentang sesuatu berita . Beliau telah memuji sikap surat khabar Cina tersebut dengan berkata , “Sikap begini adalah jelas professional dan beretika .”
Beliau mengambil kesempatan mengulas mengenai isu cukai taksiran MBI yang dilaporkan paling tinggi di Malaysia.“Memang benar kadar yang digunapakai adalah 16% tetapi warga kota harus menyedarai bahawa kadar itu dinilai pada nilai hartanah hyang tidak mengambil kira nilai semasa,” katanya.
“Oleh yang demikian, jumlah cukai taksiran MBI adalah lebih kecil berbanding dengan jumlah bayaran pada harta yang lebih kurang sama jika dibandingkan dengan Bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Petaling Jaya,” jelas Roshidi.
Beliau memberikan contoh terhadap isu di Bandar Baru Klebang yang dikatakan cukai tahunannya meningkat 500%.
“Nilai tahunan yang dikira oleh MBI adalah pada kadar sewa RM360 sebulan(RM 1.29smp) sahaja sedangkan nilai tahunan sewa semasa bagi hartanah tersebut adalah antara RM9,600 – RM 18,000 (RM800 – RM 1,500 sebulan),” kata Roshidi.
Beliau menjelaskan bahawa nilai hartanah yang dikira bagi nilaian cukai taksiran di Petaling Jaya seperti di Grandville, USJ, UEP Subang adalah melebihi RM30,000 setahun , iaitu pada kadar RM10 smp.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment