Tuesday, October 28, 2008

Kealpaan ahli PAS dan PKR

artikal ini di petik dari :Tranungkite on line.
Dilulus terbit pada Tuesday, October 28 @ 23:55:00 MYT oleh TokPenghulu

Oleh maharajazhou

"Teori? Apa maksudnya? Maharaja Zhou tidak akan mengulas maksudnya. Kerana terlalu ramai pakar-pakar yang lebih hebat daripada Mahahraja Zhou.

Kita terlalu banyak berteori dengan pelbagai olahan ayat dan perkataan.

Sehinggakan kita sendiri sebenanya tidak mengentahui apa yang kita berteori itu.

Berbalik pada tajuk yang Maharaja Zhou ketengahkan untuk laman yang menjadi tatapan segelintir rakyat dan pemimpin, saya ingin menyatakan hampir 75% tidak menjadi kenyataan dan hanya bermain disekitar orang tertntu sahaja.

Saya amat tertarik pada ceramah Ustz Shahril Long, beliau menyatakan dan bercadang mendirikan sebuah pejabat di Kuala Lumpur dan beliau hanya berkerja sebagai pendakwah kepada semua masyarakat.

Berdakwah kepada mereka yang telah rosak dan yang belum mengenal Islam serta belum memeluk Islam.

Saya amat tertarik. Tetapi setakat mana tindakan beliau sekarang, tidak saya ketahui.

Kita mendengar berdentar-dentum ceramah pasal Islam, tapi hanya setakat mana kejayaan? Amat sukar untuk meletakkan indicator bagi mengukurnya.

Yang hadir mendengar, bagus. Amat bagus, tetapi bila kita melihat anak mereka, aurat pun tidak tutup, isteri bertudung tapi, gunung di depan tetap tertonjol, tetap pakai baju kebaya yang ketat, tidak pakai setokin, lengan tangan terselak.

Sedangkan ustaz yang mengajar di masjid ada ceritakan pasai pemakaian mengikut garis panduan Islam.

Namun cukup setakat mendengar dan balik dari majlis ilmu,makan dan tidur. Malam esoknya pun sama.

Apakah penyebabnya perkara ini terjadi?

Saya hanya ingin menyatakan satu sebab sahaja iaitu makanan. Saya tidak akan menceritakan perkara lain, tetapi khusus pada makanan.

Cuba selidiki apa yang kita makan. Kita menjawab dengan bangga, semua makanan yang dimakan adalah halal.

KFC, Mc D, laici tin, mee maggi, dengan lebih tepat makanan buatan orang bukan Islam (kapir) dan munafik.

Kita bangga apa yang kita makan. Halal. JAKIM sudah cop logo HALAL. Tuan-tuan percaya ke kepada JAKIM. Saya 100% tidak percaya.

Saya akan ringkaskan tulisan ini memandangkan telah banyak yang tuan-tuan telah baca walaupun seharipun tidak sampai sebuah buku.

Makanan yang dikeluarkan oleh orang kapir dan munafik sudah pasti kotor walaupun dibungkus dengan teramat cantik. Tiada nilai kesucian. Apa lagi keberkatan.

Kita perlu menitikberatkan soal ini kerana ia menjadi darah daging dan penyebab kenapa kita susah nak amalkan ajaran Islam walaupun tiap-tiap hari kita ke masjid mendengar majlis ilmu, tetapi ia tidak meniggalkan kesan.

Hanya sekadar dengar dan jika pemceramah menyelit unsur kelucuan, kita ketawa. Hanya itu. Kita tidak mengamalkan hanya menjadi pendengar setia walaupun medapat pahala.

Kerana makanan yang kita makan tidak berkat dan mungkin juga tidak halal walaupun di cop halal oleh JAKIM, kita sukar untuk MENGAMALKAN APA YANG DIAJAR DAN DIULAS OLEH USTAZ BERDASARKAN KITAB YANG MENJADI PANDUANNYA.

Jika kita tidak mengamalkan, maka beginilah generasi yang kita lahir. Penuh dengan kemaksiatan.

Saya telah dan hampir 15 tahun tidak pernah menjamah makanan selain daripada produk Muslim, hatta pergi kenduri sekalipun. Terasa amat tenang walaupu di dalam laman ini bahasa amat keras dan kasar.


Kita harus membantu produk makanan muslim dari PAS dan bukan dari Melayu Islam UMNO. DAN JANGAN SEKALI-KALI MAKAN MAKANAN BUATAN ORANG KAPIR.


Artikal ini di tulis semasa dalam perjalanan ke KLIA. Nak mengelak dari tido waktu siang, tulis apa yang rasa teringin. Artikal ini isi tak seberapa.


Takbir 7 kali

Reformasi 3 kali


MAHARAJA ZHOU
PRIMAYA
BDR TUN HUSSEIN ONN"







#links#links#links#links

No comments: