Semua artikel di dalam blog.ini di ambil dari blog.lain yg.mengambil kira kebaikan,dan keberkesanan Ilmu,Pandangan,maklumat yg,perlu di sebarkan.terima kasih.
وَكَذَلِكَ مَكَّنِّا لِيُوسُفَ فِي الأَرْضِ يَتَبَوَّأُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَاءُ نُصِيبُ بِرَحْمَتِنَا مَن نَّشَاء وَلاَ نُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.
Surah Yusuf, Ayat 56

Friday, October 31, 2008
"
Assalamualaikum kepada sahabat forumer sekalian. Kalungan tahniah saya ucapkan kepada PAS dan khususnya kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Dato’ Dr. Hasan Ali. Namun disini saya ada satu sahaja persoalan yang ingin dilontarkan kepada Y.B Dato’ Dr Hasan Ali. Sejak Pakatan Rakyat memerintah Negeri Selangor, beberapa janji dalam manifesto tersebut telah ditunaikan seperti pemberian air percuma sebanyak 20m3. tahniah sekali lagi kerana memahami situasi kehidupan rakyat MARHAEN.
Tapi perkara yang sentiasa mengasak-asak pemikiran saya ialah apakah PERANAN sebenar PAS di dalam Pakatan Rakyat dan bagaimana PAS dapat mengambil peluang dalam kerajaan untuk mengembangkan pengaruh PAS?
Baru-baru ini saya ada terbaca seorang forumer menghantar artikel yang mengatakan bahawa ada di kalangan ahli YB PAS lebih wala’ kepada pimpinan Parti Mata Satu itu dari pimpinan PAS sendiri. INI Sangat Mendukacitakan!.
Maksud peranan PAS ini sebenarnya adalah selari dengan moto “PAS UNTUK SEMUA”. Umum mengetahui dasar perjuangan PAS adalah mendaulatkan ISLAM itu sendiri. Namun saya merasakan setelah lima bulan PAS bersama kerajaan PR, PAS seperti tercari-cari rentaknya.
Perkara yang saya maksudkan ialah bagaimana sebelum ini semasa UMNO memerintah Selangor, surau dan masjid tidak diimarahkan dengan majlis-majlis ilmu malah kebanyakan penceramah-penceramah yang cenderung kepada PEMBANGKANG telah digam. Namun sekarang suasana telah berubah, UMNO di Selangor kini menjadi pembangkang dan seharusnya PAS menggunakan kesempatan ini untuk menggunakan amanah yang diberikan oleh rakyat dan untuk menyebar luaskan ISLAM itu sendiri.
Sebagai contoh, dikawasan kejiranan saya seksyen U16 Tmn Bkt Subang terdapat satu Pusat Khidmat Rakyat (PKR) PAS. Namun pada pengamatan saya Pusat Khidmat Rakyat ini beroperasi untuk ‘ahli’ sahaja. Komuniti kejiranan disini tak dapat merasakan Kehadiran PKR ini dalam membantu masalah harian yang mereka hadapi. Jauh sekali untuk membukanya bagi mendengar masalah penduduk atau mengambil kesempatan mengadakan hari terbuka bagi komuniti ini mendekati PAS.
Dalam Kejiranan ini terdapat lebih 5 buah surau dengan salah satunya telah dinaik taraf untuk dijadikan tempat untuk Solat Jumaat. Namun apa yang ingin saya tekankan disini ialah Apakah peranan yang PAS dapat mainkan dalam komuniti kejiranan disini? Surau tempat saya berjemaah bernama SURAU AL FALAH masih tiada aktiviti kuliah agama atau sebarang program KEROHANIAN hatta hujung minggu sekalipun.
Saya merasa terpanggil untuk memberikan satu lontaran kepada pimpinan PAS khusunya Dato Dr Hasan Ali selaku Exco hal ehwal ISLAM untuk melakukan sesuatu yang positif kepada penduduk muslim Negeri Selangor yang rata-rata masih cetek ilmunya tentang ISLAM termasuklah diri saya sendiri untuk bangkit melakukan sesuatu sebelum terlambat.
Bagi madrasah yang mempunyai sesi pengajian ILMU, Alhamdulillah. Namun pada pandagan saya masih ramai lagi madrasah yang tidak mengadakan majlis-majlis ilmu. Keadaan ini samalah di tempat Kampung halaman saya di Alor Gajah Melaka yang diterajui oleh UMNO, kurangnya Majlis Ilmu. Ini berbeza semasa saya duduk di Seksyen 2 Wangsa Maju dimana majoritinya ialah kaum Cina namun suraunya sentiasa aktif dengan majlis Ilmu.
Berbanding dengan kawasan kejiranan saya yang Majoritinya ialah MELAYU namun sayang tiada yang sudi untuk mencurahkan ILMU. Mungkin ada madrasah yang kekurangan sumber keewangan untuk membiayai majlis ILMU, Tapi ini lah inisiatif yang harus dimainkan oleh Dato’ Hasan Ali untuk mengagihkan peruntukan dan penceramah kepada surau2 yang tiada program Majlis Ilmu.
Saya rasa buat sekadar ini sahaja namun saya berharap pandangan saya ini dibaca oleh mereka-mereka yang dapat menyampaikannya kepada Y.B Dato’ untuk tindakan. Saya hanya seorang rakyat biasa yang sentiasa inginkan tunjuk ajar dari para alim ulama…. Sekian.
D’ minda,
Bkt Subang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment