Sunday, October 12, 2008

Anwar di Parlimen

Gambar dari Malaysianinsider.

Di ambil ketika DS Anwar tiba pagi tadi di Parlimen.

Sambutan wartawan mengalahkan Perdana Menteri.

Tu yang buat Najib tak senang duduk.

senang-nye-jadi-pemimpin

Najib tak berani jejak kaki di Parlimen semalam kerana tidak mampu berdepan dengan Anwar.

Dia sudah menjangkakan bahawa isu isu berkaitan Altantuya dan salah guna kuasanya akan di selitkan di dalam mana mana topik.

Kerana tidak bertanggung jawab dan 'takut kerana salah' maka, dia menghilang kan diri.

Menurut artikel dalam salah satu blog yang aku baca semalam, ada kelibat Najib kelihatan pada sebelah tengahari tetapi dia kembali menghilangkan diri selepas itu.

Entah keluar atau berada di dalam sebuah bilik di Parlimen, itu kita tak tau. Tapi yang pasti ... dia takut berdepan dengan kemungkinan pendedahan kes kes yang bersangkutan dengan dirinya tidak bersedia berhadapan dengan kemungkinan yang tidak pasti.

Kalau setakat baca lirik yang ditulis oleh setiausaha ... dia cukup terror.

Hari ini, akhbar arus perdana menyiarkan tajuk "Wakil BN Boikot Anwar".

Cukup besar tajuk tu, tapi isi kandungannya tersasar dari tajuk yang diberikan dan keadaan sebenar.

Istilah boikot yang biasa kita dengar dan baca adalah boikot yang di istiharkan beramai ramai.

Sebagai contoh pembangkang tidak bersetuju dengan Kerajaan di dalam apa apa isu dan mereka beramai ramai keluar.

Tapi keadaan itu berlainan semalam. Dengan jumlah wakil BN yang seciput yang hadir, mereka selang seli keluar dewan untuk melepaskan gian cerut, rokok dan buang air kecil.

Tiada istilah boikot selain dari pedih telinga mendengar kritikan Anwar yang di selang seli dengan kritikan sinis terhadap Parti BN dan kepimpinan mereka.

Dalam pada itu, beberapa orang wakil BN di lihat angkat tangan untuk membuat pertanyaan dan hujah, di berikan kebenaran berbuat demikian sehingga ke akhir persidangan.

Sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan apa yang dikatakan oleh Anwar, mereka boleh menempelak semula, tapi setiap hujah akan di balas dengan hujah yang boleh membuat mereka menyepi tanpa sebarang kata.

Masalah yang berlaku di Parlimen adalah, Wakil BN terdiri dari golongan angguk dan ampu.

Bila dewan di penuhi dengan golongan manusia seperti itu, maka perbahasan yang ada tidak mendatangkan sebarang manafaat kerana kekurangan fakta.

Mereka bantai meracau tak tentu hala. Kesimpulannya semalam, dari di belasah kerana kurang bukti dan fakta, maka wakil BN telah mengambil keputusan untuk berdiam diri dan biarkan Anwar membelasah pemimpin pemimpin mereka.

Keadaan mungkin berubah sedikit jika ujudnya PM dan TPM di dalam dewan. Ketika itu, kita akan lihat bagaimana bodeknya mereka mereka ini mem'backup' boss mereka di dalam setiap hujah.

Namun kita boleh menjangkakan apa kah inti percakapan mereka yang kosong semata mata.Aku tak dapat bayangkan bagaimana sebuah Parlimen kononnya menjadi lambang demokrasi negara, di biarkan kosong ketika persidangan berlaku.

Nak pergi .. pergi. Tak nak pergi ... maka tak payah pergi. Bila ada usul yang perlukan peratus undi ... diorang penuhkan Parlimen.

Kalau cam tu, dah tentu diorang tak tau jalan cerita lalu setuju dengan apa yang pemimpin usulkan.

Sampai bila pun negara takkan berubah dengan sikap pemimpin cam ni. Tak bertanggung jawab dan tak mau bersoal jawab.

Pemimpin suruh angguk ...diorang angguk, di suruh geleng, diorang geleng.

Kalau tindakan pemimpin BN betul ... jawab la. Apa takut plak? Bila tiada alasan nak jawab, diorang tak datang. Senang punya kerja.
--------------------------------------------------------------------
Why Eurocopter’s Cougar?
Limkitsiang

The Prime Minister-cum-Defence Minister, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi should set an example of integrity and transparency by making public the details of the shortlisted bids for the four aircrafts to replace the RMAF Nuri helicopters and the reason why Eurocopter’s Cougar EC725 has been selected.

It is a sad commentary on the failure of Abdullah’s National Integrity Plan that Malaysia’s latest ranking on the Transparency International Corruption Perception Index has plunged 10 places in his five years as Prime Minister from No. 37 in 2003 to No. 47 in 2008 and a deepening crisis of confidence about integrity and transparency.

Abdullah should be aware that his first act as Defence Minister, announcing that the Defence Ministry has agreed to acquire new helicopters from European helicopter manufacturers, Eurocopter, to replace the Nuri has been immediately dogged by integrity and transparency questions – in particular, the allegation about the involvement of his son Kamaluddin Abdullah in the Eurocopter deal.

It is for this reason that Abdullah should make public the details of the shortlisted bids by the four aircrafts to replace the RMAF Nuri helicopters and the reason why Eurocopter’s Cougar EC725 has been selected.

If no full explanation is forthcoming from Abdullah, I will be raising this issue in Parliament when it reconvenes on October 13.

The Eurocopter Cougar EC725 was one of four aircraft shortlisted by RMAF. The other three were the Sikorsky S92, Agusta Westland EH-101 Merlin and the Russian-made Mil Mi-17 Hip.

It has been reported that the government had allocated US$600 million (RM1.93 billion) to buy an initial fleet of 12 helicopters, which will be in service until 2050.

--------------------------------------------------------------------
 RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KEADILAN DI PERMATANG PAUH

Permatang Pauh-baru-baru ini, Ahli parlimen Permatang Pauh Dato Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan rumah terbuka di Cherok To Kun dimana di hadiri lebih 15 ribu tetamu dari kawasan Permatang Pauh dan sekitarnya,malah ada yang hadir sejauh negeri Kelantan.

Majlis yang bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang itu dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Gabenor Negeri Pulau Pinang , Dato Seri Hj Abdul Rahman Abas , Ini adalah kali pertama dalam sejarah di mana TYT hadir ke rumah DSAI.

Beliau hadir jam 11 pagi dan beredar sejam kemudiannya setelah bertemu dengan Ketua Menteri ,Timbalan Ketua Menteri ,semua ahli Exco kerajaan negeri dan para jemputan dan orang ramai yang hadir.

Berbagai juadah di sediakan ala kedai makanan antaranya nasi daging,bihun sup, dan kuih muih.

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dato Seri Wan Azizah, malah sejak jam 10 pagi sehingga jam 1.30 tengahari Datuk Seri Anwar dan Dato Seri Wan Azizah berdiri bersalaman dengan para tetamu yag hadir.

Malah orang ramai sanggup untuk berbaris walau pun jam menunjukkan pukul 12.30 tengahari.Dalam sidang akhbar yang diadakan,pihak akhbar telah bertanya kepada beliau berhubung dengan tarikh pengambil alihan kerajaan sebagaimana yang didakwa bermula pada 16 september.

Malah berbagai pihak juga telah mempersoalkan kredibiliti beliau akibat tidak berjaya menubuhkan kerajaan pada tarikh yang diberikan dengan menyifatkan beliau sebagai pembohong.

“Anda sepatutnya bertanyakan soalan tentang kredibiliti ini kepada Perdana Menteri Abdulah Badawi kerana menolak untuk mengadakan sidang khas parlimen.

Jangan mempersoalkan krediliti saya kerana saya telah memohon untuk bertemu dan meminta diadakan siding khas parlimen namun ditolak,.jadi siapakah yang tidak punya kredibiliti”, demikian jelas anwar.


Kepada soalan yang hampir sama yang bertubi-tubi ditujukan kepada beliau kerana merasakan bahawa rakyat makin tidak sabar untuk melihat kerajaan baru Pakatan Rakyat mengambi alih kerajaan pusat, beliau berkata, ianya akan berlaku secepat mungkin,dan berharap rakyat bersabar dalam menantikan kelahiran kerajaan baru.

Anwar telah mendakwa meminta untuk bertemu perdana menteri dan kemudiannya mendesak diadakan sidang khas parlimen, namun kedua-duanya ditolak kerajaan Abdullah Badawi.

Malah soalan pemberita yang menuju kepada berapa lama lagi harus ditunggu, beliau tetap menyatakan ianya akan berlaku dalam sedikit masa lagi.

Malah ketika diajukan soalan berapa lama lagi , dan adakah ianya sehingga akhir hujung tahun ini, Anwar mendakwa ianya terlalu lama jika hingga akir tahun ini.

Menurut beliau, kerana pada 13 oktober sissi pertama perbahasan ialah bagaimana pihak ketua pembangkang yang akan membentangkan pada sessi permulaan perbahasan.

Maka kerana itu ianya tidak akan berlaku sehingga akhir tahun ini.“Saya katakana iaya akan terjadi secepat yang mungkin, jadi tunggu sehingga ianya berlaku dan harap bersabar,”, demikian jelas Anwar pendek.

Berhubung dengan soalan yang berkaitan dengan keadaan ekonomi, Dato seri Anwar menjelaskan, para pemimpin Pakatan Rakyat harus bertanggungjawab dan merasa bimbang dengan sikap kerajaan yang menyembunyikan dari pengetahuan rakyat akan keadaan ekonomi negara dan tidak telus kepada rakyat .

Telah menjadi tanggungjawab Pakatan Rakyat untuk mengambilalih keadaan ekonomi negara dan Pakatan Rakyat akan melakukannya dengan cara yang terbaik.

“Pakatan Rakyat akan menumpukan kepada pembentukan ekonomi yang baik. Pihak kerajaan Barisan Nasional tidak dapat menguruskan ekonomi dengan baik dan lebih bergelut dengan parti dan krisis pimpinan dan walaupun negara mempunyai asas ekonomi kuat , keadaan krisis kewangan yang melanda dunia seprti Jepun, Korea UK, US dan Dato Najib kata ekonomi kita kuat, Inilah yang kita bimbangkan.

Kita adalah negara yang bergantung kepada perdagangan dunia .

Jadi kerajaan harus berterus terang sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan Singapura.

Kita juga bimbang dengan kes salah urus membayar hutang Maybank dan salah urus kewangan dan rasuah dan juga rasuah berhubung dengan perjanjian broadband.
---------------------------------------------------------------------

”ANWAR HADIR DI PERMATANG PASIR.DAN MERASMIKAN PUSAT KHIDMAT AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH


Sebelah petang nya pula Dato Seri Aanwar Ibrahim dan Dato Seri Wan Azizah hadir di ADUN Permatang Pasir dibawah parlimen Permatang Pauh dimana kerajaan negeri Kelantan telah menghadiahkan 2 ekor kerbau bagi meraikan kejayaan dan sokongan kepada para pengundi Permatang Pauh dan juga meraikan para petugas yang berkempen di ADUN Permatang Pasir.
Kerajaan negeri kelantan juga menghantar 2 buah bas yang di wakili oleh beberapa ADUN sebagai tanda sokongan.

Majlis yang sepatutnya dihadiri oleh Tuan Guru Nik Aziz tetap meriah kerana Menteri Besar Kelantan tersebut terpaksa membatalkan kehadirannya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.


Majlis tersebut turut juga dihadiri oleh Ketua Menteri YB Lim Guan Eng,TKM1 YB Mohd Fairus , para EXCO dan juga beberapa ADUN dan EXCO dari DAP dan ADUN PAS kerajaan negeri Kelantan.

Beliau juga telah sudi merasmikan pejabat ahli perlimen Permatang Pauh dimana 2 buah kontena telah diubahsuai bagi dijadikan pejabat.

Ianya terletak berhadapan dengan pejabat ADUN Permatang Pasir dimana akan juga dijadikan pusat khidmat masyarakat dan untuk membuat sebarang aduan kepada ahli parlimen Permatang Pauh.

Pejabat ini telah dihadiahkan oleh seorang usahawan terkenal sebagai khidmat kepada masyarakat.

-------------------------------------------------------------------
Abdul Gani Patail Didakwa Sebagai Penjenayah.
Dilulus terbit pada Wednesday, October 15 @ 20:30:00 MYT oleh TokPenghulu Oleh setisab


"Dakwaan bahawa Abdul Gani dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mencipta bukti dalam perbicaraan Anwar 10 tahun lalu, muncul semula dalam satu dokumen mahkamah seorang anggota polis yang telah bersara.

Lim Kit Siang mendakwa di Dewan Rakyat hari ini bahawa siasatan peringkat tertinggi telah ‘mengesahkan’ bahawa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah menyalahgunakan kuasanya untuk mereka bukti dalam perbicaraan Datuk Anwar Ibrahim 10 tahun lalu.

Lim (DAP-Ipoh Timur) membuat dakwaan tersebut ketika membahaskan Bajet 2009 pagi ini.

Memetik sumber-sumber yang tidak dinamainya, Lim memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau difahamkan bahawa Ketua Peguam Cara Negara, Datuk Idrus Harun telah menjalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut pada Julai.

Katanya, beliau mendapat tahu yang ketua peguam cara negara telah membuat kesimpulan bahawa Gani memang telah menyalahgunakan kuasanya untuk mereka-reka bukti terhadap ahli parlimen Permatang Pauh, yang juga ketua pembangkang.

Ekoran itu, Lim mendesak Abdul Gani supaya meletakkan jawatannya serta-merta.

“Bagaimana kita hendak benarkan seorang penjenayah (berkhidmat) sebagai AG (peguam negara)?

Apa yang sedang berlaku kepada Malaysia?

”Dakwaan bahawa Abdul Gani (kiri) dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mencipta bukti dalam perbicaraan Anwar 10 tahun lalu, muncul semula dalam satu dokumen mahkamah seorang anggota polis yang telah bersara.

Mat Zain Ibrahim, yang mengetuai siasatan terhadap insiden “mata lebam” yang membabitkan Anwar pada 1998, membayangkan dalam dokumen tersebut, bahawa Abdul Gani melengah-lengahkan proses siasatan dan menyembunyikan fakta-fakta penting dalam kes tersebut daripada pengetahuan peguam negara ketika itu, Tan Sri Mohtar Abdullah.

Abdul Gani ketika itu seorang timbalan kanan pendakwaraya.

Anwar telah membuat dakwaan yang sama terhadap Abdul Gani dan Musa dalam laporan polisnya Julai lalu, tetapi kedua-duanya telah menafikan dakwaan tersebut.

Musa telah memfailkan saman fitnah terhadap Anwar, manakala Abdul Gani juga turut menyuarakan hasratnya untuk menyaman bekas timbalan perdana menteri itu.

Lim memberitahu pemberita di lobi Parlimen kemudiannya bahawa siasatan tersebut telah dijalankan selepas Anwar membuat laporan polis tersebut.

Pagi tadi, pemimpin kanan DAP itu terbabit dalam perang mulut dengan para penyokong kerajaan, serta memanggil sama sama lain sebagai “orang utan”.


-----------------------------------------------------------------
Perwakilan Setiawangsa boo Khairy
siasah

Calon Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pusat, Khairy Jamaluddin dan jentera kempen dikatakan menghadapi tekanan apabila beliau masih belum melepasi kouta pencalonan untuk membenarkan dirinya bertanding walaupun setelah 72 bahagian Pemuda Umno seluruh negara selesai mesyuarat.

Tekanan semakin bertambah terhadap dirinya apabila nama beliau di boo beberapa kali dalam satu mesyuarat pemilihan pergerakan Pemuda Umno bahagian Setiawangsa yang diadakan di PWTC pada 4 Oktober lalu.

Insiden ini berlaku apabila salah seorang perwakilan yang juga seorang wartawan, Dahalan Makmur cuba mencalonkan nama Ahli Parlimen Rembau ini sebagai calon Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pusat dari bahagian terbabit.

“Dahalan tidak tahu dan memahami mood pergerakan pemuda Umno di peringkat akar umbi di sini kerana dia jarang turun ke cawangan. Kerana itu, tindakan beliau ini mengambil risiko sehingga nama Khairy di boo oleh para perwakilan pemuda,” kata salah seorang perwakilan pemuda Umno yang hadir.

Situasi ini diterjemahkan di kertas undi apabila Khairy hanya memperolehi empat undi daripada 154 perwakilan yang hadir. Keputusan terus berpihak kepada Datuk Mukhriz Mahathir yang mendapat 135 undi sementara Dato Seri Dr Muhd Khir Toyo pula dikatakan mendapat 15 undi.

Perasmian mesyuarat Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno bahagian dilakukan oleh Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Dato Seri Zulhasnan Rafique yang juga Ketua Umno bahagian Setiawangsa.

Perwakilan ini memberitahu, dia juga agak terkejut apabila nama Khairy dicalonkan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pusat memandangkan seluruh pergerakan Pemuda Umno di peringkat akar umbi begitu kuat dengan anak bekas Presiden Umno ini.

Sehingga mesyuarat kelmarin, Mukhriz telah melepasi kouta pencalonan apabila dia mendapat 40 undi. Khairy pula mendapat 20 pencalonan, Dr Mohd Khir mendapat 11 dan Dato Zahidi Zainal Abidin hanya memperoleh satu undi. Kouta untuk melayakan diri bertanding adalah 39 pencalonan dari bahagian-bahagian.

Dalam kenyataannya kepada media, Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz mengakui dirinya tidak menyangka mendapat banyak pencalonan malah menyaingi pesaingnya dalam rebutan jawatan Ketua Pemuda Umno menjelang pemilihan parti pada Mac depan.

“Ia adalah di luar jangkaan saya. Ia satu kejutan yang mengembirakan (pleasant suprise),” katanya. Dia bagaimanapun yakin berdepan saingan tiga penjuru bagi jawatan itu walaupun sehingga kini dua pencabarnya belum memperoleh pencalonan mencukupi.

Dia berkata, masih banyak bahagian belum bermesyuarat, sekaligus memberi banyak peluang kepada kedua-dua pesaingan itu untuk memperoleh pencalonan mencukupi.

"Saya yakin Mukhris tetap dicabar Khairy dan Dr Mohd Khir walaupun kedua-duanya belum mendapat pencalonan yang cukup”.

“Pertandingan ini ibarat perlumbaan marathon, tempoh masih panjang dan saya yakin kedua-duanya dapat cukup pencalonan,” katanya di Lobi Parlimen kepada wartawan media baru-baru ini.

No comments: